Non-Govermental Organization (NGO)
DPMM NEGERI KEDAH
DPMM Negeri Kedah adalah sebuah badan yang memfokuskan isu ekonomi dan keusahawanan Melayu dan Bumiputera khususnya di negeri Kedah. DPMM Negeri Kedah adalah sebuah NGO yang antara tujuannya menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu untuk kepentingan dan faedah ekonomi Melayu.
Tentang Kami
Sejarah Penubuhan DPMM Negeri Kedah
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1958. Pada tahun 1971, Dewan Perniagaan Melayu Kedah didaftarkan dengan rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1962 dan dua tahun kemudian menjadi Dewan Cawangan iaitu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah.
PERANAN
Menggalakkan penyertaan aktif para usahawan dan ikhtisas Melayu sebagai anggota dan/atau tenaga sokongan bagi mewujudkan satu badan yang utuh dan bersepadu.
Mengenalpasti, menggerak dan menggembeling pelbagai sumber yang perlu bagi mewujudkan satu kuasa bagi memungkinkan tindakan yang lengkap, menyeluruh dan berkekalan.
Menubuh dan mewujudkan jentera-jentera dan badan bertindak perlaksanaan bagi meningkatkan produktiviti dan mutu urusniaga Bumiputera.
Merancang strategi dan melaksanakan program-program yang berkesan bagi meninggi dan mengukuhkan prestasi ahli-ahli dan masyarakat usahawan Melayu amnya.
Mengusahakan kewujudan suatu iklim yang menggalakkan bagi memungkinkan perkembangan satu masyarakat usahawan Bumiputera yang dinamik, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
Mengikhtiarkan, merangka dan melaksanakan apa jua kegiatan, tindakan dan usaha yang sesuai bagi mencapai matlamat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
AKTIVITI TERKINI
Lawatan Kerja DPMM Kedah ke Kedah Bioresources Corporation Sdn Bhd (KBIOCORP)
Pertemuan dengan 3 Dewan
Lawatan Ke Pusat Jualan Kraftangan Persatuan Pengusaha Kraf Kedah
Sesi Dialog YDP Bersama Ahli-Ahli Dewan Melayu
Ada pertanyaan, Ingin sertai DPMM Negeri Kedah?
Klik di sini untuk berhubung dengan kami.