20/7/2023|Pejabat DPMM
Pagi ini telah berlansungnya sesi pembelajaran antara ahli-ahli DPMM Kedah bersama-sama dengan speaker jemputan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Credit Guarantee Corporation (CGC) dan BSN bagi satu perbincangan secara ‘hand on’ berkaitan dengan topik urus tadbir kewangan perniagaan.
Para peserta telah didedahkan berkenaan perbincangan yang berimpak tinggi merangkumi topik2 berikut;
– Cara menetapkan matlamat kewangan
– Kenal pasti dan belajar bagaimana menguruskan aliran tunai, dan
– Kenali hutang dan kredit perniagaan.
– Menganalisis status kesihatan perniagaan
– Membuat ramalan kewangan perniagaan pada masa akan datang
Program ini merupakan program bersama antara DPMM Kedah dan CGC Bhd. dengan kerjasama AKPK. Terima kasih juga kepada pihak BSN Kedah kerana turut hadir untuk berkongsi berkenaan dengan Skim Pembiayaan Mikro/i-BSN kepada ahli2 DPMM Kedah. YDP, Datuk Mohd Zayad Ismail juga turut hadir menyampaikan ucapan dan perkongsian kepada para peserta.
DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang turut serta bagi menjayakan program pada pagi ini.
See Insights and Ads
All reactions:
11You and 10 others