Keahlian
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah mengalu-alukan kemasukan usahawan bumiputera sebagaiĀ ahli baharu kami. Berikut adalah pecahan dan syarat utama keahliaan DPMM Negeri Kedah.
Ahli Biasa
Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal, atau tuanpunya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Semenanjung Tanah Melayu atau Sabah atau Sarawak atau mana-mana Wilayah Persekutuan. Seseorang yang memohon untuk menjadi ahli mengikut peruntukan Fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama perniagaan atau perkongsian tersebut. Untuk tujuan itu beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan-rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi perniagaan atau perkongsian tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya Pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian atau perniagaan tersebut dibatalkan atau terbatal, atau namanya telah digugurkan, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya. Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa di Malaysia.
Ahli Biasa (Profesional)
Melayu profesional ditakrif seperti berikut:
(a) Mereka yang berdaftar dengan badan-badan profesional
(b) Pengarah Melayu dan/atau Melayu yang menjadi Ketua Eksekutif atau jawatan yang bersamaan dengannya bagi mana-mana syarikat yang diperbadankan di dalam dan di luar Malaysia.
Ahli Biasa (Syarikat/ Koperasi)
Syarikat yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh samada Kerajaan ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Eksekutif Dewan diberi kuasa menentukan status syarikat ini dari masa ke semasa, dan dengan syarat syarikat tersebut perlu menyerahkan Borang 24 dan borang 49 yang semasa kepada Majlis Eksekutif Dewan. Syarikat yang diperbadankan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu. Koperasi yang didaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.
Ahli Bergabung
Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus (100%) Bumiputera, di peringkat Kebangsaan.
Mana-mana persatuan, badan atau pertubuhan perniagaan yang ahlinya seratus peratus (100%) Bumiputera di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan yang sanggup bekerjasama dengan DPMM Negeri.
Ahli Bersekutu
Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat Dewan oleh Majlis Eksekutif Dewan. Mana-mana orang perseorangan yang difikirkan dan dianggap munasabah dan layak menjadi Ahli Kehormat oleh Jawatankuasa DPMM Negeri.
Yuran Pembayaran
Endorsements And Forms
COO Endorsement (Malaysia Origin)
RM 10.00 / signature
COO Endorsement (Non-Malaysia Origin)
RM 15.00 / signature
Ada pertanyaan, Ingin sertai DPMM Negeri Kedah?
Klik di sini untuk berhubung dengan kami.