Kunjungan Hormat TNB ke Pejabat DPMM Kedah.

27/8/2025.

Hari ini DPMM Kedah menerima kunjungan General Manager TNB Kedah yang baharu, Puan Azian Alias bersama barisan pengurusan TNB.

Pertemuan ini membincangkan cadangan Sesi Libat Urus mengenai Tarif Elektrik Baharu – platform dialog terbuka bagi penerangan, perkongsian pandangan dan maklum balas terus daripada pemegang taruh.

DPMM Kedah akan mengusahakan satu sesi bersama ahli-ahli dalam masa terdekat.

Terima kasih TNB atas komitmen & kerjasama berterusan demi kemajuan negeri serta kesejahteraan rakyat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *