Majlis Perasmian Hari Karnival Kastam Sedunia JKDM Kedah 2025

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Kedah atas jemputan ke Majlis Perasmian Hari Karnival Kastam Sedunia JKDM Kedah 2025 serta sesi Taklimat Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Majlis yang berlangsung pada 23 Februari 2025 di Dewan Iris, JKDM Alor Setar, Kedah ini telah memberikan peluang kepada DPMM Kedah untuk memahami dengan lebih mendalam aspek percukaian SST serta memperkukuh hubungan strategik antara sektor perniagaan dan pihak berkuasa kastam.

Kami berharap agar jalinan kerjasama dan muhibah antara DPMM Kedah dan JKDM Kedah akan terus diperkukuhkan demi manfaat bersama, khususnya dalam meningkatkan pemahaman dan kepatuhan terhadap sistem percukaian negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *