‘Mencipta Peluang, Mengubah Masa Depan’
Dewan Stadium Kladi, Kulim
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Bual Bicara Bersama Usahawan anjuran Kelab Usahawan Ikhtiar Kulim (KUIK) dengan kerjasama Usahanita Daerah Kulim & Dewanita DPMM Kedah.
Program penuh inspirasi ini bukan sahaja menjadi ruang perkongsian ilmu, malah turut meraikan usahawan-usahawan asnaf daripada ahli KUIK yang merupakan usahawan di bawah AIM. ![]()
Sesi bual bicara kali ini menampilkan dua ikon usahawan wanita dari DPMM Kedah sebagai panel:
Pn. Hajah Asiah binti Bashah
Pn. Safinah binti Haji Omar
Sesi ini dimoderatorkan oleh Naib Yang Dipertua DPMM Kedah, En. Mohd Khairul Rohami, yang mengupas topik “Mencipta Peluang, Mengubah Masa Depan”.
Selain itu, DPMM Kedah turut berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada usahawan asnaf, yang disempurnakan oleh YDP DPMM Kedah, Datuk Mohd Zayad Ismail.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Pn. Noor Azureena Abu Bakar (Pengerusi KUIK)
Pn. Hajjah Siti Hawa Md Isa (Ketua Usahanita Daerah)
Pn. Zaliha Thamin (Timbalan Ketua Usahanita Daerah)
Pn. Haryani Hj Mansor (Setiausaha Usahanita Daerah)
serta semua usahawan yang hadir memeriahkan program ini ![]()
Terima kasih juga kepada AJK dewan dan dewamuda kerana hadir memberi sokongan bagi memeriahkan majlis.
Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin untuk kita terus maju, mencipta peluang, membina ukhuwah dan mengubah masa depan dengan lebih gemilang.


