26 Jun 2022| Alor Setar
Dewanita DPMM Kedah telah mengadakan satu sesi perjumpaan bersama ahli-ahli Dewanita Kedah. Walaupun program ini dirancang dalam masa yang singkat namun dengan kerjasama ahli-ahli Dewanita yang bersemangat maka telah berjaya dilaksanakan.
Program ini turut di isi dengan sesi pebentangan daripada Pengerusi Dewanita DPMM, Dato’ Hajah Nor Haliza bt Hussain, yang menyampaikan perkongsian berkenaan dengan topik ‘Jom pi Eksport’.
Dewanita Pusat juga turut bebesar hati meyampaikan sedikit sumbangan kepada usahawan-usahawan wanita yang terkesan dalam perniagaan terutama dalam era pendemik ini.
Selain itu, program turut di isi dengan sesi pebentangan berkenaan dengan program-program keusahawan dan pendanaan perniagaan yang di sampaikan oleh Puan Hajah Rozaini Saleh, selaku penasihat Dewanita DPMM Kedah. Program ini diserikan dengan kehadiran YDP, Datuk Mohd Zayad yang sudi memberi perkongsian berkenaan isu-isu semasa keusahawanan.
Terima kasih kepada Pengerusi Dewanita DPMM Kedah, Puan Asiah Bashah di atas usaha beliau merancang program ini walaupun dalam masa yang singkat.