Program Sumbangan Ramadan 2025

17 Mac 2025, ALOR SETAR – DPMM Kedah terus menghidupkan semangat kebajikan dengan menganjurkan Program Sumbangan Ramadan 2025. Sumbangan ini merupakan hasil agihan semula kutipan zakat tahunan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Yayasan DPMM Kedah, yang disalurkan kepada 12 institusi terpilih, termasuk rumah anak yatim, pusat jagaan warga emas, dan pondok pengajian.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan oleh YDP, Datuk Mohd Zayad, bersama Puan AR. Rohana Hayati bt Mohd Noh, salah seorang pembayar zakat dan ahli DPMM Kedah.

Dengan peningkatan kutipan zakat setiap tahun, lebih ramai golongan memerlukan dapat dibantu.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar zakat melalui Yayasan DPMM Kedah, dan tetamu yang hadir. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *