Ahad, 26 Oktober 2025
The Jerai Hotel, Alor Setar
Alhamdulillah, Program Sinergi Keusahawanan 2025 anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah sesi pagi telah berlangsung dengan jayanya di The Jerai Hotel, Alor Setar.
Program ini menjadi wadah dalam usaha memperkasa usahawan tempatan melalui sesi Coaching & Mentoring Usahawan yang padat dengan ilmu praktikal dan strategi perniagaan semasa.
Modul Utama Perbentangan:
Breakthrough Business: Strategi Melonjakkan Bisnes ke Level Seterusnya
Revolusi Bisnes Era Kini: Adapt, Innovate, Dominate
Pasukan bimbingan profesional daripada Smart Triple IQ, yang berjaya mencetuskan inspirasi dan membuka minda para peserta dalam mengurus serta memacu perniagaan ke arah lebih mampan dan kompetitif.
Kehadiran pagi tadi amat menggalakkan dengan penyertaan daripada ahli DPMM Kedah, usahawan mikro, kecil & sederhana (IKS), serta pelatih keusahawanan dari Kolej Pertanian Malaysia Bukit Tangga dan Institut Kemahiran MARA Alor Setar.
Ucapan turut disampaikan oleh Naib Yang DiPertua DPMM Kedah, En. Mohd Khairul bin Rohami, yang berkongsi sejarah, peranan serta aspirasi DPMM Kedah dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri ini.
Terima kasih kepada semua peserta dan rakan strategik yang bersama menjayakan program ini. Semoga semangat sinergi dan inspirasi yang tercetus hari ini terus memacu kejayaan dunia keusahawanan kita! ![]()
![]()




