8/1/2023| Alor Setar.
Petang tadi Pejabat DPMM Kedah menerima kunjungan daripada Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) Universiti Utara Malaysia (UUM). Kunjungan deligasi dari UUM ini disambut oleh barisan AJK Dewan yang di ketuai oleh YDP, Datuk Mohd Zayad b Md Ismail.
Manakala bagi pihak UUM seramai 8 wakil yang terdiri daripada:
1. Prof. Madya Dr. Mohd Kamal Mohd Nawawi – Dekan SQS, UUM
2. Prof. Madya Dr. Jauriyah Shamsuddin – Pengarah Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, UUM
3. Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Omar – Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM
4. Prof. Madya Dr. Norazura Ahmad – Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SQS, UUM
5. Prof. Dr. Razamin Ramli – wakil Profesor SQS, UUM
6. Prof. Madya Dr. Nazihah Ahmad – Pengerusi JK Jaringan Industri dan Komuniti SQS, UUM
7. Dr. Mohd Aamir Adeeb Abdul Rahim – Pengerusi JK Promosi SQS, UUM
8. En. Khairil Azfar bin Ahmad Zubir – Pegawai Tadbir, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM
Antara tujuan kunjungan adalah bagi membincangkan potensi kerjasama antara UUM dan DPMM Kedah dalam mewujudkan jaringan industri bagi memperkukuhkan fungsi perkongsian dan penyebaran ilmu di antara universiti dan industri untuk kebaikan masyarakat perniagaan dan pembangunan penyelidikan. Pihak SQS, UUM juga ada menyampaikan hasrat untuk mengadakan pertemuan susulan bagi membincangkan lebih teperinci bentuk kerjasama yang boleh dijalankan di antara kedua-dua pihak.
InshAllah moga ada satu kerjasama antara kedua-dua pihak dapat dibentuk. DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada SQS UUM kerana sudi berkunjung ke pejabat DPMM Kedah.