15 Mei 2025
15 Mei 2025, Alor Setar – Alhamdulillah, sesi perkongsian bersama Jabatan Kastam Negeri Kedah berjaya dilaksanakan di bilik seminar DPMM Kedah hari ini.
Ini adalah kali kedua sesi soal jawab bersama JKDN Kedah diadakan bagi membincangkan topik hangat, SST 2025: Apa yang Peniaga Perlu Tahu? Antara intipati perbincangan hari ini adalah Asas Pelaksanaan SST, Cukai Perkhidmatan untuk Sektor Makanan & Minuman serta Penyelenggaraan, dan Kemudahan & Pengecualian SST.
Terima kasih kepada Tuan Badrol bin Ghazali (Penolong Kanan Pengarah Kastam I), Puan Azirah binti Ahmad (Penolong Kanan Pengarah Kastam II), serta pegawai-pegawai kastam yang hadir memberi penerangan dan menjawab segala persoalan daripada para usahawan kita.
Sesi ini amat penting bagi memperjelaskan perubahan kadar dan perluasan skop SST yang telah berkuat kuasa sejak 1 Mac 2024. Semoga para peniaga lebih bersedia menghadapi sebarang penguatkuasaan undang-undang terkini.
Terima kasih juga kepada semua hadirin yang hadir dan memberikan sokongan padu menjayakan sesi ini.





