25 Ogos 2022|Alor Setar
Alhamdullilah, Selesai sudah program pada hari ini, yang berlansung di Bilik Seminar DPMM Kedah. Program hari ini adalah berkaitan dengan Pengiktirafan melalui Pencapaian Terdahulu ataupun yang mempunyai pengalaman kerja melalui program Diploma Kemahiran Malaysia. Taklimat berkaitan ini telah di sampaikan oleh Puan Shirin Binti Othman, Iaitu Pengarah Eksekutif Ibnu Hayyan Education Group Sdn Bhd. Merangkap Tim. Pengerusi DPMM pusat, Serta sebagai Pengerusi Dewanita DPMM Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada peserta yang hadir pada pagi ini –Semoga ukhwah dan perhubungan ini berkekalan terutama dalam peyertaan dalam program-program anjuran Dewan seterusnya.
Program pagi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Yang DiPertua Datuk Md Zayad b. Md Ismail, seterusnya merasmikan program pagi ini.