Sesi Taklimat dan Bimbingan Pasaran Eksport Bersama MATRADE

17 Jun 2025

17 Jun 2025, Alor Setar – DPMM Kedah hari ini telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Bimbingan Pasaran Eksport kepada para ahli bertempat di Bilik Seminar DPMM Negeri Kedah, dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Program ini bertujuan memperkasakan usahawan tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan memanfaatkan pelbagai fasilitasi eksport yang ditawarkan oleh MATRADE.

Setakat 31 Disember 2024, hanya 379 syarikat dari Kedah (2.53%) berdaftar sebagai Ahli MATRADE daripada keseluruhan 14,983 syarikat. Ini menunjukkan masih ramai usahawan negeri ini belum memanfaatkan peluang eksport yang tersedia.

Dalam masa sama, meskipun nilai eksport negara tahun lalu mencecah RM1.4 trilion, sumbangan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih rendah, sekitar 10.5%, walaupun PKS membentuk lebih 97% daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia. Ini menandakan keperluan segera untuk meningkatkan penglibatan PKS dalam pasaran global.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Saudah binti Mat Isa, Pengarah MATRADE Wilayah Utara, serta para pegawai MATRADE atas komitmen dan perkongsian yang amat bermakna. Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan menunjukkan semangat tinggi sepanjang sesi. Diharapkan sesi ini menjadi permulaan kepada lebih banyak syarikat Kedah melangkah ke pasaran eksport dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *