Dalam kunjugan ke wilayah selatan Thailand baru-baru ini, deligasi DPMM Kedah Sempat bertemu dan mendengar taklimat berkaitan ekonomi Selatan Thailand daripada Gabenor Pattani, Puan Pateemoh Sadeeyamu di Bakkahland Farm & Resort. Puan Pateemoh Sadeeyamu ini lebih dikenali sebagai Gabenor wanita Islam pertama Thailand. Beliau juga adalah Bekas timbalan gabenor Phatthalung, Narathiwat dan Yala itu mempunyai pengalaman luas dan pemahanan mendalam akan empat wilayah di selatan.
Sesi pertemuan ini turut sama disertai oleh Presiden Persatuan Peniaga Muslim Pattani Haji Wan Ismail. Semoga hubungan ukhwah yang baru dibina ini dapat memulakan satu bentuk hubungan yang lebih luas terutama dalam urusan perniagaan kepada komuniti muslim bagi kedua-dua pihak.
See Insights and Ads
All reactions:
1212