Tentang kami
Sejarah Penubuhan DPMM Negeri Kedah
Sejarah pembentukan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan Melayu) adalah seawal tahun 1938, dan tahun ini bakal mencecah usia 85 tahun sejak dari awal penubuhannya. Usaha terawal untuk mewujudkan persatuan perniagaan di negeri telah dipelopori oleh peniaga-peniaga Melayu di Kelantan pada tahun 1938 dengan penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Kelantan dalam tahun berkenaan. Langkah yang dirintis oleh Dewan Perniagaan Melayu Kelantan kemudiannya telah diikuti oleh lain-lain negeri. Penubuhan Dewan-dewan Perniagaan di peringkat negeri mengikut turutan adalah seperti berikut:-
TAHUN PENUBUHAN DEWAN-DEWAN PERNIAGAAN DI PERINGKAT NEGERI
Dewan Perniagaan Melayu Kelantan 1938
Dewan Perniagaan Melayu Perak 1951
Dewan Perniagaan Melayu Johor 1952
Dewan Perniagaan Melayu Selangor 1953
Dewan Perniagaan Melayu Terengganu 1953
Dewan Perniagaan Melayu Kedah 1958
Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai 1959
Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan 1960
Dewan Perniagaan Melayu Perlis 1963
Dewan Perniagaan Melayu Melaka 1963
Dewan Perniagaan Melayu Pahang 1972
Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan 1975
Dewan Perniagaan Melayu Sabah 1997
Dewan Perniagaan Melayu Wilayah Persekutuan Labuan 1997
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan Putrajaya 2004
Lanjutan daripada penubuhan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu di peringkat negeri (yang masing masing berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri), satu badan induk yang diberi nama Gabongan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Se Malaya (GDPMM) ditubuhkan pada tahun 1957. Diantara individu yang bertangunggjawab di dalam pembentukan GDPMM ini adalah Datuk Mahmood Ambak (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Perak); Haji Nik Hassan Nik Yahya (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Kelantan) dan Datuk Raja Nasron (Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Selangor). GDPMM ditubuhkan mengikut undang-undang Pertubuhan 1949. Ia didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia dan penubuhannya diluluskan secara rasmi pada 11 Julai 1957 dengan nombor pendaftar “1101 Selangor”.
GDPMM mempunyai matlamatnya sendiri dan sepertimana yang tercatit di dalam perlembagaannya, iaitu untuk:
.
…”sekalian Dewan-Dewan Perniagaan Melayu di Malaya supaya bekerjasama bagi memenuhi segala lapangan perniagaan dan mempertahankan segala hak-hak dan faedah-faedah dalam lapangan aneka perniagaan dan membantu perusahaan-perusahaan pertanian, pelombong-pelombong aneka galian hasil bumi, pertukangan dan pengeluaran-pengeluaran perusahaan kerajinan tempatan dan pengangkutan, penjualan-penjualan serta lainnya dalam Negara atau di luar Negara Malaya…”
Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilancarkan dalam tahun 1971, yang menekankan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama, melalui strategi serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat, khususnya bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan, maka struktur organisasi Dewan juga turut berubah.
Perlembagaan GDPMM telah disusun semula telah membawa perubahan kepada nama dan struktur pentadbirannya. GDPMM telah ditukar kepada ‘Dewan Perniagaan Dan Perusahaan Melayu (DPPMM)’ dan telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 11 Februari, 1974. Perubahan tersebut bertujuan bagi menjadikan ‘Dewan’ sebuah badan yang lebih kukuh. Penukaran nama dari ‘Gabongan’ kepada ‘Dewan’ telah dibuat untuk menunjukkan, bahawa, ‘DPPMM’ kini bukan lagi merupakan satu gabongan yang terdiri dari ‘Dewan-Dewan Negeri’, tetapi ia adalah sebuah ‘Dewan Pusat’, yang mempunyai cawangan di tiap-tiap negeri.
DPPMM sekali lagi menjalani perubahan struktur pada tahun 1994 di bawah teraju tokoh korporat yang pertama dipilih, iaitu Tan Sri Azmi Wan Hamzah, yang membabitkan pindaan nama dan Perlembagaannya, berserta Perintah Peraturan, yang telah diterima sebulat suara oleh Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), yang telah diadakan pada 31 Mac, 1994. Perkara tersebut telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 13 Mei, 1994, dan telah mula berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Di bawah Perlembagaan baru ini nama DPPMM sekali lagi bertukar kepada “Dewan Perniagaan Melayu (DPMM)”. Perkataan ‘perusahaan’ telah digugurkan kerana perkataan ‘perniagaan’ itu sendiri sudah meliputi ‘perdagangan dan perindustrian’. Tempoh penggal pemilihan dan perlantikan jawatan di dalam Dewan-Dewan Negeri telah diselaras dengan Dewan Pusat, iaitu semua jawatan yang dipilih dan dilantik untuk dipegang selama tempoh satu penggal, iaitu tiga (3) tahun berturut-turut, berbanding tempoh penggal selama dua (2) tahun yang telah diamalkan di negeri-negeri sebelumnya. Penyelarasan ini bertujuan menyeragamkan pentadbiran di antara Pusat dan Negeri-Negeri, terutamanya yang melibatkan kepemimpinan Dewan.
DPMM kini terus memperjuangkan misi mengangkat maruah dan martabat bangsa Melayu dalam ekonomi Negara dan antarabangsa. Imej, peranan dan keberkesanannya semakin diakui oleh pemimpin Negara. DPMM juga turut diminta membantu kerajaan terutamanya dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan masyarakat pengusaha dan peniaga Melayu. Antara peranan terkini adalah DEWAN MELAYU ktelah diberi kepercayaan untuk menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Negara berkuatkuasa 30 September 2021.
Sejarah Penubuhan DPMM Negeri Kedah
Setahun selepas merdeka iaitu pada tahun 1958, pemikir Melayu Kedah mengabungkan peniaga tempatan seramai 26 orang lalu menubuhkan Dewan Perniagaan Melayu Kedah. Antara pengasasnya ialah Tun Dr. Mahathir, Allahyarham Senator Mohd Hanifah, Allahyarham Hj. Abdullah Jaelar, Allahyarham Hj Rejab Darus, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Paduka Hj Khalid Abdullah, Allahyarham En. Din Karu, Tuan Hj A.Karim Ali, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Paduka Azahari Taib, Y.Bhg Tun Mohamad Zahir Ismail, En. Ahmad Osman, Allahyarham Noor Saad dan Allahyarham Tuan Sheikh Othman Sheikh Ibrahim.
Pada tahun 1971, Dewan Perniagaan Melayu Kedah didaftarkan dengan rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1962 dan dua tahun kemudian (1973) menjadi Dewan Cawangan Kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Peranan utama Dewan Perniagaan Melayu negeri Kedah pada awal penubuhannya adalah untuk memperbanyakkan, menggabung dan seterusnya membimbing usahawan dan peniaga Melayu demi meningkatkan ekonomi bangsa dan negara. Di samping itu Dewan Perniagaan Melayu Kedah menjadi suara usahawan untuk melaung agar pengagihan ekonomi dicambah kepada yang berwajib. Bagi mencapai tujuan tersebut, Dewan Perniagaan Melayu Kedah tidak dapat lari dari melihat dan turut serta dalam membangunkan kerajaan yang kuat, stabil dan berdaulat. Peranan tesebut terus dimainkan oleh DPMM Negeri Kedah yang mana kini terus menjadi organisasi yang memfokuskan kepada isu ekonomi dan keusahawanan Melayu dan Bumiputera khususnya di negeri Kedah, yang mana penubuhannya sebagai sebuah badan NGO yang bertujuan untuk menyatupadukan peniaga dan pengusaha Melayu demi kepentingan dan faedah ekonomi Melayu, khususnya di negeri Kedah melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Kepimpinan tertinggi DPMM negeri Kedah ialah Yang DiPertua (YDP), diikuti Timbalan YDP, Naib YDP, diikuti oleh Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Ahli-ahli Jawatankuasa. Senarai YDP DPMM Negeri Kedah sejak awal penubuhan adalah seperti berikut;
SENARAI YDP DPMM NEGERI KEDAH SEJAK AWAL PENUBUHAN:
Y.Bhg Senator Hj Mohd Hanipah bin S.Alaudin (1960-1973)
Y.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad (1974-1975)
Y.Bhg Tun Mohd Zahir bin Ismail (1975)
Y.Bhg Tuan Sheikh Osman bin Sheikh Ibrahim (1975-1976)
Y.Bhg Tan Sri Dato’ Paduka Hj Khalid hj Abdullah (1976-1979)
- Bhg Dato’ Hj Hanafi Bin Ramli (1979-1983)
Y.Bhg Dato’ Setia Diraja Dato’ Seri Hj Syed Razak Syed Zain Barakbah (1983-1995)
Y.Bhg Tuan Hj Baharuddin Bin Hj Kasim (1995-2001)
Y.Bhg Dato’ Hj Zainol Abidin Bin Hj A.Hamid (2001- 2009)
Y.Bhg Dato’ Hj Md Noor Bin Omar (2010-2014)
Y.Bhg Dato’ Ir Hj Ahmad Fitri Bin Hj Othman (2014-2017)
Y.Bhg Hj Zuhaizar Bin Abdul Karim (2017-2020)
Y.Bhg Datuk Mohd Zayad Bin Md Ismail (2020 – Sekarang)
Visi
DPMM sebagai pemacu wadah perjuangan ekonomi usahawan Melayu Negeri Kedah ke arah perniagaan yang beretika, berdaya maju dan berdaya saing merentasi pasaran negeri, negara dan antarabangsa.
Misi
Menjadikan DPMM Kedah sebagai organisasi pilihan kepada usahawan Melayu di negeri ini dengan menarik penyertaan lapisan perniagaan dari pelbagai bidang dan juga peneraju industri.
Memperkasakan usahawan Melayu dengan ilmu perniagaan masa kini sesuai dengan suasana ekonomi baharu.
Menjalankan program yang relevan dengan komuniti perniagaan untuk membantu mengukuh dan mempertingkatkan taraf usahawan Melayu dalam pelbagai bidang melalui aktiviti seperti kursus, seminar, pameran perniagaan, misi dagang dan lain-lain.
Mewujudkan suasana mesra perniagaan kepada komuniti, sokongan dan bantuan serta lain-lain hal yang berkaitan adalah kondusif.
Menjaga kebajikan ahli dan keluarga serta menunaikan tanggungjawab sosial kepada mesyarakat, agama, bangsa dan negara melalui Yayasan DPMK.
Kepimpinan
Barisan Ahli Jawatankuasa DPMM Kedah bagi Penggal 2020-2023
Yang DiPertua
Datuk Mohd Zayad Bin Md Ismail
Timbalan Yang DiPertua
Hj.Zulkifli Bin Khamis
Naib Yang DiPertua
Mohd Khairul Bin Rohami@Sohaimi
Setiausaha Kehormat
Mohamad Ismadi Bin Ismail
Bendahari Kehormat
Ir Fazli Bin Azmi
Ahli Jawatankuasa
Siti Norsidah Bt Hj. Mansor
Ahli Jawatankuasa
Safinah Bt Hj.Omar
Ahli Jawatankuasa
Ir Ismail Noor Bin Abdullah
Ahli Jawatankuasa
Hjh. Rozaini Bt Saleh
Ahli Jawatankuasa
Adri Kamal Bin Bashir
Ahli Jawatankuasa
Muhammad Azki Hafizi Bin Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
Mohd Ferdaus Kalkausar Bin Kassim
Ahli Jawatankuasa
Mohamad Naim Bin Che Man
Ahli Jawatankuasa
Mohd Sobri Bin Saari
Pengerusi Dewanita
Hjh. Asiah Bt Bashah
Pengerusi Dewanmuda
Ku Mohd Fikri Hanif Bin Ku Puteh
Ahli Jawatankuasa
Zikri Bin Mohd Fadzil
Ahli Jawatankuasa
Mohammad Hazwan Bin Solleh