
January 13th, 2011

Admin
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) telah ditubuhkan pada tahun 1957 di atas nama “Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan Melayu Malaya”. Ekoran dari penstrukturan semula pada tahun 1974, namanya telah ditukar kepada “Dewan Perniagaan dan Industri Melayu Malaysia”. Nama kininya adalah ekoran dari penstrukturan semula yang dilaksanakan pada tahun 1992.

January 13th, 2011

Admin
KATEGORI KEAHLIAN / YURAN
AHLI BIASA (INDIVIDU)
FASAL 6.2.1
Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal, atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Semenanjung Labuan. Jika ianya merupakan perniagaan bersama, semua rakan kongsi yang lain dalam firma tersebut mestilah juga terdiri dari bangsa Melayu.

January 13th, 2011

Admin
Setahun selepas merdeka, pemikir melayu Kedah mengabungkan peniaga tempatan seramai 26 orang lalu menubuhkan Dewan Perniagaan Melayu Kedah pada 1958. Antara pengasasnya adalah YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad , Allahyarham Senator Mohd Hanifah, Allahyarham Tuan Haji Abdullah Jaelar, Allahyarham Tuan Haji Rejab Darus, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Khalid Abdullah, Allahyarham En. Din Karu, Tuan Haji A. Karim Ali, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Azahari Taib, Y. A. Bhg. Tun Mohamad Zahir Ismail, En. Ahmad Osman, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Noor Saad dan Tuan Sheikh Othman Sheikh Ibrahim.