Objektif

menara1
  • Menyatukan dan menyelaraskan semua kegiatan peniaga/usahawan melayu Negeri Kedah khususnya ahli Dewan.
  • Mempertingkat kuantiti dan kualiti ahli Dewan dengan kegiatan yang lebih terarah (fokus).
  • Memberi perkhidmatan dan memudahkan penyebaran maklumat melalui semua saluran terkini dengan penuh kemesraan, ketulusan, kejelasan, keikhlasan, efisien dan profesional.
  • Membangun danĀ  mempertingkatkan usahawan Melayu di kalangan ahli Dewan dan masyarakat Melayu umum di Negeri Kedah ,yang mempunyai daya saing dan daya maju, sejajar dengan keperluan ekonomi semasa.
  • Memangkin projek-projek yang mempunyai keberkesanan ekonomi dalam bidang-bidang yang penting bagi pembangunan ekonomi semasa negeri dan negara dengan menentukanĀ  penglibatan dan jaringan di kalangan ahli Dewan.
  • Memupuk dan merubah minda dan sikap orang Melayu sesuai dengan industri,teknologi dan arus ekonomi masa depan.
  • Memperjuang Agenda Melayu dalam perlaksanaan program pembangunan oleh agensi-agensi Kerajaan dan swasta.
  • Menyalurkan bantuan dan khidmat bakti kepada yang memerlukan.
  • Berperanan sebagai pemayung kepada usahawan dan profesional Melayu;
  • Melindungi, menjamin dan mengenengahkan kepentingan ahli-ahli;
  • Memperoleh, menganalisa dan menyebarkan maklumat dagang kepada ahli-ahli;
  • Menerbitkan majalah dan risalah yang berkaitan dengan perniagaan;
  • Membantu atau mewakili ahli di dalam perbincangan berkenaan perdagangan, pembelian, penjualan dan lain-lain samada di dalam atau di luar Malaysia;
  • Mewakili ahli-ahli dalam badan dan agensi Kerajaan serta Jawatankuasa Khas yang berkaitan perdagangan dan perindustrian;
  • Menubuhkan tabung-tabung biasiswa, amanah dan lain-lain untuk kebajikan ahli dan sekiranya perlu untuk membantu ahli pertubuhan, perbadanan atau persatuan Bumiputera dan mana-mana orang Melayu yang memerlukannya;
  • Mengeluarkan Sijil Tempasal (Certificate of Origin) atau lain-lain sijil ke atas barangan yang dieksport dari Malaysia;
  • Membuat perhubungan atau bekerjasama dengan lain-lain badan atau persatuan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Dewan.
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply