Sejarah DPMM Kedah

bangunan

Setahun selepas merdeka, pemikir melayu Kedah mengabungkan peniaga tempatan seramai 26 orang lalu menubuhkan Dewan Perniagaan Melayu Kedah pada 1958. Antara pengasasnya adalah YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad , Allahyarham Senator Mohd Hanifah, Allahyarham Tuan Haji Abdullah Jaelar, Allahyarham Tuan Haji Rejab Darus, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Khalid Abdullah, Allahyarham En. Din Karu, Tuan Haji A. Karim Ali, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Azahari Taib, Y. A. Bhg. Tun Mohamad Zahir Ismail, En. Ahmad Osman, Allahyarham Tuan Haji Mohamad Noor Saad dan Tuan Sheikh Othman Sheikh Ibrahim.

1971, Dewan Perniagaan Melayu Kedah didaftar dengan rasmi di bawah Akta Pertubuhan 1962 dan dua tahun kemudian menjadi Dewan Cawangan kepada Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Peranan utama Dewan Perniagaan Melayu Kedah adalah untuk memperbanyak , mengabung dan seterusnya membimbing usahawan dan peniaga Melayu demi meningkatkan ekonomi bangsa dan negara. Disamping itu Dewan Perniagaan, Melayu Kedah menjadi suara usahawan untuk melaung agar pengagihan ekonomi dicambah kepada yang berwajib. Bagi mencapai tujuan di atas Dewan Perniagaan Melayu Kedah tidak dapat lari dari melihat dan turut serta dalam membangunkan kerajaan yang kuat, stabil dan berdaulat.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply