14 Disember 2025.
Pagi ini telah berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan DPMM Kedah bagi tahun 2025. Bantuan merangkumi bantuan awal persekolahan serta bantuan melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS.
Seramai 149 orang penerima, terdiri daripada anak-anak ahli DPMM Kedah, telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai yang disampaikan oleh Yang DiPertua dan Naib Yang DiPertua DPMM Kedah. Tahniah kepada semua penerima. Semoga bantuan ini menjadi pemangkin kecemerlangan pendidikan dan masa depan yang lebih gemilang.
Dana ini merupakan agihan semula kutipan zakat tahun 2024 melalui Yayasan DPMM Kedah. Terima kasih kepada para pembayar zakat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Moga kedatangan tahun 2026 membawa lebih kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan kepada kita semua. Amin.
Sejak 2017, melalui Yayasan DPMM Kedah, telah dilantik sebagai Ejen Kutipan Zakat oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).











