March 2026

KUNJUNGAN HORMAT CEDI UUM KE DPMM KEDAH

17 Mac 2026 DPMM Kedah hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Cooperative and Entrepreneurship Development Institute (CEDI), Universiti Utara Malaysia. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan CEDI serta meneroka peluang kolaborasi strategik yang berpotensi memberi manfaat bersama, khususnya dalam pembangunan keusahawanan dan jaringan industri. Delegasi CEDI diketuai oleh: • Dr Juhaidah Abu Bakar –

KUNJUNGAN HORMAT CEDI UUM KE DPMM KEDAH Read More »

Majlis Penyampaian Amanat dan Iftar Bersama YB Prof. Dr. Haim Hilman .

15.3.2026| Raia Hotel Alor Setar. DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Prof. Dr. Haim atas jemputan kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam majlis yang bermakna ini. Majlis ini menghimpunkan pelbagai pihak daripada sektor industri, agensi kerajaan fan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta rakan strategik yang bersama-sama memainkan peranan penting

Majlis Penyampaian Amanat dan Iftar Bersama YB Prof. Dr. Haim Hilman . Read More »

Program Sumbangan Pek Makanan Asas Bersama EMZI Group.

12/3/2026 Pagi ini, wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah turut bersama pihak EMZI Group dalam program penyampaian sumbangan pek makanan asas kepada para penerima daripada kariah Masjid Al-Ummah Telok Cengai. Kunjungan ini turut disertai oleh jawatankuasa Masjid Al-Ummah Telok Cengai, yang bersama-sama membantu menyelaras penyampaian sumbangan kepada penerima yang layak. Pihak DPMM Kedah

Program Sumbangan Pek Makanan Asas Bersama EMZI Group. Read More »

Program Sumbangan Ramadan 2026 DPMM Kedah

12 Mac 2026 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Sumbangan Ramadan 2026, sebuah program kebajikan tahunan yang dilaksanakan hampir setiap tahun menjelang bulan Ramadan sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan. Pada tahun ini, DPMM Kedah telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 15 institusi yang terdiri daripada rumah anak yatim, pusat pengajian

Program Sumbangan Ramadan 2026 DPMM Kedah Read More »

Mesyuarat Penyelarasan Program Syarikat Bumiputera Bersama MIDA

10 Mac 2026. DPMM Kedah hari ini menerima kunjungan delegasi daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bagi mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Program Syarikat Bumiputera yang dirancang untuk dilaksanakan di wilayah utara. Dalam pertemuan tersebut, pihak MIDA memaklumkan cadangan untuk menganjurkan satu program khas pada 27 April 2026 di Sungai Petani yang bertujuan memberi pendedahan, fasilitasi serta

Mesyuarat Penyelarasan Program Syarikat Bumiputera Bersama MIDA Read More »

Sesi Perkongsian Peluang Geran Penyelidikan Industri Bersama UniMAP.

8 Mac 2026 DPMM Kedah telah menerima kunjungan Assoc. Prof. Ts. Dr. Mohd Saifizi bin Saidon dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi membentangkan peluang geran penyelidikan kerjasama industri kepada barisan Jawatankuasa DPMM Kedah. Antara geran yang diperkenalkan ialah melalui Public-Private Research Network (PPRN) serta Geran Industri MIMOS, melibatkan projek seperti pembangunan Point of Sale (POS)

Sesi Perkongsian Peluang Geran Penyelidikan Industri Bersama UniMAP. Read More »

Program Ziarah Kasih bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas

5 Mac 2026 | Alor Setar. Alhamdulillah, petang ini DPMM Kedah berkesempatan menyertai program Ziarah Kasih bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas, anjuran Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM). Tahniah dan syabas kepada Pusat Alumni UUM atas penganjuran program yang penuh makna ini. Program ini memberi peluang kepada DPMM Kedah untuk lebih

Program Ziarah Kasih bersama warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas Read More »

Majlis Hi-Tewa & Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat

11 Februari 2026 | Dewan Insaniah, Kompleks LZNK, Mergong DPMM Kedah memenuhi jemputan menghadiri Majlis Hi-Tea dan Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi meraikan syarikat-syarikat korporat yang menunaikan zakat perniagaan. Majlis disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Dr. Syeikh Fadzil Haji Awang, serta dihadiri barisan kepimpinan

Majlis Hi-Tewa & Penyerahan Zakat Perniagaan Korporat Read More »

MAJLIS PELANCARAN TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK).

8/2/2026| Kuala Lumpur KDYMM Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, diserikan dengan keberangkatan Kerabat Diraja Kedah serta kehadiran YAB Menteri Besar Kedah. Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah (DPMM Kedah) diwakili oleh Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad, hadir sebagai tanda

MAJLIS PELANCARAN TABUNG AMANAH SULTAN KEDAH (TASK). Read More »