18 Ogos 2025, telah berlangsung Agenda Pemerkasaan Strategik GEMA DPMM – MARA 2025 di Anjung Melayu, Kuala Lumpur. Program anjuran bersama DPMM dan MARA ini menghimpunkan usahawan, pemimpin industri serta pihak berkepentingan dengan matlamat memperkukuh ekosistem keusahawanan Bumiputera secara strategik.
Antara fokus utama ialah bimbingan & pembangunan kapasiti usahawan, pemadanan perniagaan, serta penguasaan rantaian nilai strategik bagi meningkatkan daya saing global. Program ini turut membuka peluang jaringan baharu serta mencetuskan idea segar ke arah memperkukuh peranan usahawan Bumiputera di peringkat domestik dan antarabangsa.
Kerjasama ini diyakini menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan Bumiputera yang berdaya maju dan kompetitif. Turut hadir, wakil daripada DPMM Kedah yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Negeri.
#DPMM#MARA#PemerkasaanStrategik#GEMA#UsahawanBumiputera#EkonomiBumiputera

