BSN GrowNext Program 2025

20 November 2025 | Grand Alora Hotel, Alor Setar

BSN GrowNext Program 2025 hari ini menghimpunkan usahawan mikro untuk meningkatkan ilmu kewangan, digital dan pengurusan perniagaan. Antara pengisian utama termasuk Literasi Kewangan BSN Micro, solusi digital oleh MySyarikat, Unifi Business & Mesinkira, serta panduan pembiayaan dan kredit.

Program percuma ini mendapat sambutan baik dengan sesi perkongsian yang interaktif dan bermanfaat.

DPMM Kedah mengucapkan terima kasih kepada BSN atas jemputan kepada ahli-ahli DPMM untuk turut serta dalam program ini.

Program ini memberikan nilai tambah kepada usahawan tempatan dalam memperkukuh daya saing dan perkembangan perniagaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *