24 Julai 2025 | Bilik Seminar DPMM Kedah.
Alhamdulillah, program Chill & Chat: Usahawan Bercerita – Siri 2 anjuran Dewanmuda DPMM Kedah telah berlangsung dengan jayanya petang ini bertempat di Bilik Seminar DPMM Kedah.
Sesi sembang santai kali ini mengupas topik survival dan kesinambungan bisnes keluarga, khususnya di tangan generasi kedua. Para peserta telah diberi pencerahan dan inspirasi oleh 3 panel jemputan usahawan muda yang cukup berwibawa:
Ku Mohd Fikri Hanif Ku Puteh – Legasi Tun Emas
Mohd Furqon Mohamad Naim – Legasi Zaharah Optometris
Muhammad Ihsan Jafree – Legasi Jafila Group
Majlis turut dikendalikan dengan cemerlang oleh Encik Mohd Khairul bin Rohami selaku moderator.
Antara kupasan menarik sepanjang sesi:
Cabaran utama anak muda mewarisi perniagaan keluarga
Perbezaan gaya kepimpinan antara generasi
Bagaimana mengimbangi ‘legasi’ dengan pembaharuan
Tips adaptasi, digitalisasi & perluasan pasaran
Program yang berlangsung selama 2 jam ini turut memberi ruang interaksi dua hala bersama para peserta yang rata-rata terdiri daripada usahawan muda dan pewaris perniagaan keluarga.
Chill & Chat bukan sekadar sembang kosong, tetapi platform membina jaringan, berkongsi pengalaman dan mencambah semangat juang para usahawan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.
Jumpa lagi dalam edisi akan datang!
#DPMMKedah#DewanmudaKedah#ChillAndChat#UsahawanMuda
#BisnesKeluarga#LegasiAtauLiabiliti#GenerasiPewaris
#AlorSetar#SembangSantai#DPMM2025






