DPMM Kedah di SAMENTA SME AI Conference 2025

6 Dis 2025| Penang.

Wakil DPMM Kedah hari ini menghadiri SAMENTA SME AI Conference: โ€œUnlocking AI Power for SMEsโ€ di AC Hotel Penang โ€” sebuah persidangan strategik yang menghimpunkan pemimpin perniagaan, pakar teknologi dan pembuat dasar.

Majlis dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang, yang menegaskan bahawa pengadaptasian AI bukan lagi pilihan, tetapi keperluan untuk memastikan PKS terus berdaya saing. Persidangan turut menampilkan CEO YTL Communications, Ketua National AI Office, dua panel perbincangan berkaitan AI serta pelancaran buku Fundamentals of Artificial Intelligence.

DPMM Kedah merakamkan ucapan terima kasih kepada SAMENTA kerana menjemput dan melibatkan kami sebagai rakan strategik dalam program berimpak tinggi ini. Kerjasama seperti ini penting untuk memperkukuh transformasi digital dan peluang jaringan usahawan di utara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *