17 Mac 2026
DPMM Kedah hari ini menerima kunjungan hormat daripada wakil Cooperative and Entrepreneurship Development Institute (CEDI), Universiti Utara Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan CEDI serta meneroka peluang kolaborasi strategik yang berpotensi memberi manfaat bersama, khususnya dalam pembangunan keusahawanan dan jaringan industri.
Delegasi CEDI diketuai oleh:
• Dr Juhaidah Abu Bakar – Pengarah CEDI
• Dr Saiful Azizi Ismail – Timbalan Pengarah Latihan
• Dr Mohamad Hanif Abu Hassan – Timbalan Pengarah Penyelidikan & Jaringan Industri
Kunjungan ini telah disambut oleh Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Zayad Ismail dan beberapa orang AJK.
Pertemuan ini membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama yang lebih erat antara DPMM Kedah dan CEDI UUM, khususnya dalam memperkasa usahawan serta memperluas peluang pembangunan perniagaan di negeri Kedah.
Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kolaborasi yang berimpak tinggi dan berterusan antara kedua-dua pihak.


