Kunjungan Hormat daripada KEDA Holding Sdn. Bhd.

ALOR SETAR, 25 Ogos 2025 – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah hari ini menerima kunjungan hormat daripada Keda Holding Sdn. Bhd., yang diketuai oleh Tuan Muhammad Syakir Zufairi bin Radziyuddin, Pengurus Besar Kumpulan. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Puan Mawar Nabilah binti Johari (Pengurus Jualan & Pemasaran) serta Puan Nur Syuhaida binti Mohammad Roslan (Eksekutif Pemasaran & Pereka Grafik).

Kehadiran Keda Holding – sebuah anak syarikat milikan penuh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) – telah disambut mesra oleh YBhg. Datuk Mohd Zayad Ismail, Pengarah DPMM Kedah, bersama Hajah Aishah binti Bashah selaku Pengerusi Dewanita, serta barisan Ahli Jawatankuasa dan wakil DewanMuda DPMM Kedah.

📌 Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek pembangunan keusahawanan dan pemerkasaan ekonomi bumiputera. Delegasi Keda Holding turut berkongsi maklumat mengenai fungsi, operasi serta tawaran produk dan perkhidmatan mereka di sekitar negeri Kedah yang memberi impak langsung kepada pembangunan luar bandar dan usahawan tempatan.

Pertemuan dua hala ini juga menjadi ruang untuk mengenal pasti potensi kolaborasi, termasuk sokongan kepada program pembangunan kapasiti usahawan, pemasaran produk tempatan, serta inisiatif memperluaskan akses pasaran kepada usahawan bumiputera.

✨ DPMM Kedah percaya, jalinan hubungan erat bersama KEDA Holding akan membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar, sekaligus memperkukuh agenda memperkasakan ekonomi negeri.

#DPMMKedah#KEDA#MensejahterakanLuarBandar#UsahawanBumiputera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *