Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMur) SK Tualang.

13 Disember 2025 | Pokok Sena, Kedah.

YDP DPMM Kedah, Datuk Zayad, berbesar hati memenuhi jemputan merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid (MAKMur) SK Tualang.

DPMM Kedah menghargai usaha proaktif SK Tualang dalam menerapkan elemen STEM, inovasi dan digital melalui aktiviti seperti robotik, roket air, dron dan pertandingan STEM yang membentuk pemikiran kreatif serta kritikal murid.

YDP turut menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan Program Pembangunan STEM RC Jet oleh PIBG SK Tualang, satu inisiatif strategik yang menggabungkan kejuruteraan, aerodinamik, teknologi dan kerja berpasukan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

DPMM Kedah melihat inisiatif ini sebagai game changer dan menyeru kerjasama semua pihak agar SK Tualang muncul sebagai sekolah peneraju STEM yang progresif dan futuristik di daerah Pokok Sena.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar SK Tualang, Encik Aisomuddin bin Ahmad, atas jemputan dan penganjuran majlis.

Pada kesempatan ini, Datuk Zayad turut menyampaikan sedikit sumbangan daripada DPMM Kedah sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada para pelajar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *