15.3.2026| Raia Hotel Alor Setar.
DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Prof. Dr. Haim atas jemputan kepada DPMM Kedah untuk turut serta dalam majlis yang bermakna ini.
Majlis ini menghimpunkan pelbagai pihak daripada sektor industri, agensi kerajaan fan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta rakan strategik yang bersama-sama memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan ekonomi negeri Kedah.
Kedah kini semakin mendapat perhatian pelabur global, khususnya dalam sektor teknologi tinggi dan semikonduktor, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai antara hab industri penting di Malaysia.
InsyaAllah, melalui kerjasama erat antara serta semua pihak berkepentingan, Kedah akan terus melangkah lebih jauh sebagai hab pelaburan teknologi tinggi dan ekonomi masa hadapan di rantau ini.
DPMM Kedah merakamkan penghargaan atas jemputan ini.



