18 Ogos 2025
Hari ini berlangsung Majlis Penyampaian Bantuan Pengajian Tinggi 2025, meraikan 15 pelajar anak ahli DPMM Kedah yang berjaya melangkah ke IPT.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan YDP DPMM Kedah, Tuan Haji Zulkifli Khamis dan Setiausaha En Mohamad Ismadi b. Ismail sebagai dorongan buat mereka meneruskan langkah menimba ilmu.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis dan penghargaan istimewa buat para pembayar zakat perniagaan melalui Yayasan DPMM Kedah. Semoga usaha kecil ini terus menjadi penyokong lahirnya generasi pewaris bangsa yang berjaya.
#DPMMKedah#BantuanPendidikan#MenaraGading#UsahawanPrihatin#GenerasiMuda











