Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-62

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB)

12 Disember 2025 | Dewan Ukill Mall, Alor Setar

Sekitar Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-62

Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad (KPRASB)

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Exco Pelancongan, Kebudayaan & Keusahawanan Negeri Kedah, yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), En. Muhammad Shukur bin Md. Safar.

Majlis turut menayangkan ucapan dan pesanan khas secara maya daripada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad. Antara inti pati pesanan beliau ialah bahawa Pekan Rabu bukan sekadar ruang jualan, tetapi simbol usaha, maruah dan kekuatan komuniti peniaga kecil Melayu Kedah. Tun juga menekankan kepentingan pengurusan yang cekap serta program yang lebih berfokus kepada pembangunan peniaga kecil agar legasi Pekan Rabu terus maju.

DPMM Kedah merakamkan penghargaan kepada KPRASB atas jemputan ke majlis yang penuh bermakna ini. Semoga kerjasama antara kedua-dua organisasi terus utuh dan membawa manfaat kepada para usahawan serta komuniti setempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *