MAJLIS PERASMIAN SEMARAK USAHAWAN KEDAH 2025

Program Penyerahan Khemah Perniagaan kepada Peniaga & Penjaja Kecil Negeri Kedah

24 Nov 2025, Alor Setar -Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mohd Salleh Saidin hari ini merasmikan Program Semarak Usahawan Kedah 2025 yang berlangsung di Dewan KCS, INSPIN, Alor Setar.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memperkasa ekosistem keusahawanan, khususnya peniaga kecil dan mikro yang menjadi tulang belakang ekonomi rakyat. Inisiatif pemberian khemah ini bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi, malah meningkatkan imej serta keselesaan persekitaran perniagaan mereka.

Sebanyak 360 peniaga menerima kemudahan khemah perniagaan pada hari iniโ€”satu sokongan strategik yang diharapkan mampu memperluas peluang, memperkukuh daya saing serta membuka ruang kemajuan baharu kepada usahawan kecil di Kedah.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan yang turut melibatkan DPMM Kedah dalam memeriahkan majlis ini. Terima kasih kepada Pengeru Dewanmuda DPMM Kedah, Ku Mohd Fikri Hanif kerana hadir mewakili DPMM Kedah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *