Persidangan Peluasan Skop SST 2025

🗓️ 23 & 24 Julai 2025

🏨 Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah merakamkan penghargaan atas jemputan dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah/Perlis untuk menyertai Persidangan Peluasan Skop SST 2025 yang berlangsung selama dua hari di Swiss Avenue Hotel, Sungai Petani.

Persidangan ini memberi penekanan kepada peluasan skop cukai perkhidmatan (SST) merangkumi pelbagai sektor termasuk:

🔹 Perkhidmatan sewaan & pajakan

🔹 Skop kewangan & pendidikan

🔹 Skop pembinaan & kesihatan

🔹 Semakan semula kadar cukai

🔹 Prosedur pendaftaran CJ & CP

Program anjuran Bahagian Cukai Dalam Negeri JKDM Kedah & Perlis ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pemain industri serta pihak berkepentingan bagi membincangkan pelaksanaan perluasan cukai secara menyeluruh dan tersusun.

Kehadiran wakil DPMM Kedah memberi ruang kepada kami untuk memahami secara langsung perubahan dasar percukaian ini, serta menyalurkan maklumat penting kepada para usahawan dan ahli DPMM Kedah, khususnya yang terlibat secara langsung dalam sektor perkhidmatan yang terjejas atau terlibat. Maklumat-maklumat berkenaan ini adalah penting agar setiap langkah dapat diambil dengan lebih bersedia, berstrategi dan patuh undang-undang. Terima kasih kepada pihak JKDM Kedah/Perlis atas jemputan dan kepercayaan ini.

#DPMMKedah#JKDM#SST2025#UsahawanMaklum#CukaiPerkhidmatan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *