Program Dewanita DPMM Kedah bersama KUSIS & Sahabat Usahawan AIM.

17 November 2025 | Sik, Kedah

Dewanita DPMM Kedah hari ini menghadiri jemputan Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Sik (KUSIS) bagi sesi Penerangan Peranan DPMM serta Motivasi Keusahawanan kepada Sahabat Usahawan AIM di bawah program โ€œBerikhtiar Menambah Rezekiโ€. Program berlangsung di Bilik Mesyuarat AIM Cawangan Sik.

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi KUSIS, Puan Yusriza binti Yaacob, diikuti ucapan aluan dan pengenalan ringkas DPMM oleh Pengerusi Dewanita, Puan Hajah Asiah Bashah.

Acara utama ialah Sesi Bual Bicara Usahawan bertajuk โ€œDari Modal Kecil ke Impian Besarโ€ bersama panel:

๐Ÿ”น Puan Hajah Asiah binti Bashah

๐Ÿ”น Puan Safinah binti Hj. Omar

Sesi berlangsung interaktif dengan perkongsian inspirasi mengenai cabaran, strategi, dan langkah membina impian perniagaan walau bermula dengan modal kecil. Program diakhiri dengan sesi soal jawab yang mendapat sambutan amat positif.

Dewanita DPMM Kedah merakamkan penghargaan kepada AIM Cawangan Sik & KUSIS atas jemputan serta berharap kerjasama ini terus diperkukuh demi melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya di Kedah.

#DewanitaDPMMKedah#DPMMKedah#UsahawanWanitaKedah#AIM#KUSIS#ProgramBerikhtiarMenambahRezeki#DariModalKecilKeImpianBesar#WanitaUsahawan#InspirasUsahawan#KedahMakmur#SikKedah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *