Program Sumbangan Pek Makanan Asas Bersama EMZI Group.

12/3/2026

Pagi ini, wakil Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah turut bersama pihak EMZI Group dalam program penyampaian sumbangan pek makanan asas kepada para penerima daripada kariah Masjid Al-Ummah Telok Cengai.

Kunjungan ini turut disertai oleh jawatankuasa Masjid Al-Ummah Telok Cengai, yang bersama-sama membantu menyelaras penyampaian sumbangan kepada penerima yang layak.

Pihak DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EMZI Group kerana sudi menjemput DPMM Kedah untuk turut serta dalam program kebajikan ini, khususnya kepada En. Mohd Hussairi bin Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif EMZI Properties, atas keprihatinan dan komitmen dalam membantu masyarakat setempat.

Semoga usaha murni ini menjadi asbab keberkatan serta memperkukuhkan hubungan kerjasama dan ukhuwah antara semua pihak yang terlibat. Diharapkan juga akan ada lebih banyak lagi peluang penglibatan serta kerjasama strategik yang dapat diusahakan bersama dalam menjayakan program-program kebajikan pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *