Program Sumbangan Ramadan 2026 DPMM Kedah

12 Mac 2026

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Negeri Kedah telah menganjurkan Program Sumbangan Ramadan 2026, sebuah program kebajikan tahunan yang dilaksanakan hampir setiap tahun menjelang bulan Ramadan sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan.

Pada tahun ini, DPMM Kedah telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 15 institusi yang terdiri daripada rumah anak yatim, pusat pengajian tahfiz dan pondok pengajian islam. Selain itu, pihak kami turut menerima senarai 30 orang penerima daripada kariah Masjid Al-Ummah Telok Cengai, yang menerima pek makanan asas hasil sumbangan daripada EMZI Group.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak EMZI Group, khususnya kepada En. Mohd Hussairi bin Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif EMZI Properties, yang hadir bersama kakitangan bagi memeriahkan majlis serta menyampaikan sumbangan tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah wakil jawatankuasa Masjid Al-Ummah Telok Cengai.

Semoga sumbangan yang disampaikan pada hari ini menjadi asbab keberkatan, di samping mengeratkan hubungan kerjasama serta memperkukuhkan ukhuwah antara semua pihak yang terlibat.

Pihak DPMM Kedah sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada EMZI Group atas keprihatinan dan kesudian menyalurkan sumbangan kepada para penerima yang terpilih. Semoga akan ada lebih banyak lagi penglibatan dan kerjasama strategik yang dapat diusahakan bersama dalam menjayakan program-program pada masa akan datang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *