25 Ogos 2025
Pagi ini DPMM Kedah telah menganjurkan program “Transformasikan Business Anda dengan AI & Aplikasi Digital” di Bilik Seminar DPMM Kedah, Alor Setar. Sesi penuh manfaat ini dikendalikan oleh Mohd Haidar b. Md Hamzah dari HTF Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi yang menawarkan pelbagai solusi moden seperti sistem IoT, pengecaman muka berasaskan AI, chatbots, robotics dan aplikasi digital terkini.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan ilmu serta idea bagaimana AI dan aplikasi digital boleh membantu bisnes menjadi lebih efisien, sistematik dan kompetitif. Antara perkongsian menarik termasuk cara membina aplikasi dengan integrasi AI untuk automasi & menarik pelanggan baharu, membentuk ekosistem digital yang mempercepatkan kerja, serta strategi pendigitalan yang praktikal untuk usahawan.
Program ini mendapat sambutan yang sangat baik – bukan sahaja daripada ahli-ahli DPMM Kedah, malah turut disertai oleh pelatih kursus keusahawanan dari Kolej Pertanian Malaysia Bukit Tangga yang dijemput khas bagi memberi pendedahan awal tentang keperluan digital dalam dunia perniagaan masa kini.
DPMM Kedah komited untuk terus membawa lebih banyak program sebegini agar usahawan tempatan sentiasa bersedia dan relevan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
#DPMMKedah#DigitalisasiBisnes#AIuntukUsahawan

