9 Nov 2025| The Jerai Hotel.
Pagi ini, wakil DPMM Kedah turut hadir ke Sesi Libat Urus Pembangunan Industri Halal Negeri Kedah 2025 yang berlangsung di The Jerai Hotel, Alor Setar. Program anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) ini menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri dan usahawan halal bagi memperkukuh ekosistem industri halal di negeri ini.
Sesi ini turut menampilkan taklimat daripada PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia, yang berkongsi pandangan serta pengalaman dalam pembangunan industri halal di peringkat nasional — sebagai input penting dalam merangka dasar dan strategi di Kedah.
Tahniah kepada PKNK dan YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat atas inisiatif berimpak tinggi ini. Langkah menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Menteri Besar bakal menjadi platform penyelarasan utama bagi memperkukuh dasar serta hala tuju pembangunan industri halal negeri.
Semoga Kedah terus komited muncul sebagai hab industri halal utama wilayah utara, dengan pelan pembangunan yang mampan serta sokongan padu daripada agensi kerajaan, institusi kewangan dan para usahawan tempatan.





