18 Ogos 2025
Alhamdulillah, pagi ini telah berlangsung Sesi Taklimat Dasar Gaji Progresif (DGP) di Tingkat 3, Bangunan DPMM Kedah dengan kerjasama PERKESO. Sesi yang disampaikan oleh pegawai-pegawai PERKESO – En. Mohd Fairys Bin Kamarudin, En. Abd Jabbar Muiedulqods Bin Afi, En. Amirul Aziq Bin Zainuddin dan En. Muizzuddin Bin Mansor – memberi penerangan jelas tentang bagaimana DGP membantu syarikat kekal relevan serta insentif tunai yang ditawarkan kerajaan.
Antara manfaat yang dikongsikan ialah insentif RM300 sebulan untuk pekerja sedia ada dan tambahan RM200 bagi pekerja baharu (entry level). Penyertaan sesi taklimat ini mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli DPMM Kedah dan usahawan yang hadir.
Turut diraikan, ucapan terima kasih kepada MKIK Enterprise kerana sudi menaja tiga hadiah saguhati kepada peserta yang berjaya menjawab soalan kuiz sepanjang sesi berlangsung – sekali gus menambah kemeriahan program.
Sekalung penghargaan kepada PERKESO dan semua peserta yang hadir menjayakan program pagi ini.



