12 November 2025 – Pejabat DPMM Negeri Kedah menerima kunjungan daripada wakil Kedah Chinese Chamber of Commerce and Industry (KCCCI) dan Kedah Indian Chamber of Commerce and Industry (KICCI).
Pertemuan ini diadakan bagi membincangkan isu kadar cukai taksiran (cukai pintu) Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi tahun 2026, yang dilaporkan mengalami peningkatan ketara dan memberi kesan langsung kepada komuniti perniagaan khususnya di bandaraya Alor Setar.
Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Zayad turut berkongsi pandangan dan pendekatan bersama dalam menangani isu ini agar suara dan kepentingan semua peniaga tanpa mengira latar belakang dapat disampaikan secara berhemah dan konstruktif kepada pihak berkuasa tempatan.
Inisiatif tiga Dewan ini mencerminkan semangat perpaduan dan keprihatinan bersama dalam memperjuangkan kelangsungan perniagaan serta memastikan keputusan dasar dilaksanakan secara adil dan seimbang untuk semua pihak.
Semoga hubungan erat antara DPMM Kedah, KCCCI, dan KICCI akan terus kukuh – menjadi contoh sinergi antara komuniti perniagaan pelbagai kaum dalam membangunkan ekonomi negeri Kedah secara inklusif dan mampan.


