20 Jun 2026 | Kompleks Pendidikan Dar Al-Maarif, Kuala Muda.
DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan kepada wakil DPMM Kedah, En. Mohamad Ismadi Ismail, Setiausaha Kehormat DPMM Kedah, sebagai panelis dalam Al-Maarif Forum Ekonomi Islam 2026 yang bertemakan “Memperkasa Ekonomi Ummah Berteraskan Ummah”.
Melalui sesi perbincangan yang berlangsung, para peserta berpeluang memperoleh pelbagai input dan perspektif baharu berkaitan pembangunan komuniti, amalan perniagaan yang lestari serta pengurusan kewangan berlandaskan prinsip syariah.
Semoga sinergi yang terjalin antara pelbagai agensi dan organisasi akan terus menyumbang kepada pembangunan ekonomi umat yang lebih mampan, berdaya saing dan berteraskan nilai-nilai Islam.
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur atas kejayaan menganjurkan program yang bermanfaat ini.
#DPMMKedah#EkonomiUmmah#ForumEkonomiIslam#KeusahawananMuslim#MuamalatIslam
See less

