27 Jun 2026,
Ahli Jawatankuasa DPMM Kedah yang diketuai oleh YDP telah mengadakan kunjungan dan lawatan ke Mutiara Timur Rice Mill Sdn. Bhd. di Jerteh, Besut, Terengganu, milik salah seorang ahli lama DPMM Kedah, Y.Bhg. Dato’ Hj. Mohd Ismail bin Hj. Othman.
Berdaftar sebagai ahli DPMM Kedah sejak 1976, beliau kini telah membuktikan bahawa iltizam, kesungguhan dan visi yang jelas mampu membawa sebuah perniagaan berkembang. MIHODA Group, dengan rangkaian operasi merangkumi Kedah, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu serta memasarkan jenama Rasa Riang ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Lawatan ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim, malah menjadi medan berkongsi pengalaman, inspirasi dan kejayaan seorang usahawan Melayu yang terus mengembangkan legasi perniagaan sehingga ke Pantai Timur.
DPMM Kedah berbangga dengan kejayaan ahlinya dan mendoakan agar MIHODA Group terus melakar kecemerlangan serta menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan Melayu.
#DPMMKedah #UsahawanMelayu #MIHODAGroup #RasaRiang #JalinanUkhuwah #MembinaLegasi




