8/2/2026| Kuala Lumpur
KDYMM Sultan Kedah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, diserikan dengan keberangkatan Kerabat Diraja Kedah serta kehadiran YAB Menteri Besar Kedah.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah (DPMM Kedah) diwakili oleh Yang Dipertua, Datuk Mohd Zayad, hadir sebagai tanda sokongan terhadap penubuhan TASK sebagai platform amanah kebajikan yang telus dan mampan untuk rakyat Kedah.
TASK berteraskan enam bidang utama dan sehingga penghujung tahun 2025 telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.04 juta kepada rakyat dan komuniti di Negeri Kedah.
Majlis turut menyaksikan pelancaran identiti korporat dan laman sesawang TASK.
DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta menyokong penuh usaha murni ini demi kesejahteraan rakyat Kedah Darul Aman.




