Majlis Apresiasi Industri Negeri Kedah 2026

Pulau Pinang | 29 Januari 2026.

YDP Datuk Zayad Ismail hadir mewakili DPMM Kedah ke Majlis Apresiasi Industri Negeri Kedah 2026 yang berlangsung di Bertam Resort & Water Park, Pulau Pinang.

Majlis berprestij ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri Kedah kepada rakan strategik industri yang turut menyumbang secara signifikan kepada hala tuju ekonomi dan pembangunan masa depan negeri.

Majlis yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah ini turut menjadi simbol pencapaian ekonomi Negeri Kedah — mencerminkan kejayaan transformasi pembangunan negeri daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada ekonomi moden yang dipacu oleh sektor perindustrian dan teknologi.

Penganjuran majlis ini membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri Kedah dalam menghargai peranan pemain industri dan agensi teknikal yang telah memacu agenda pembangunan industri dan pelaburan negeri secara strategik, tersusun serta berimpak tinggi.

DPMM Kedah menyokong penuh inisiatif The Greater Kedah sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi serantau yang mampan, berdaya saing dan inklusif demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan rakyat.

#DPMMKedah

#MajlisApresiasiIndustriKedah2026

#TheGreaterKedah

#PelaburanKedah

#KedahMaju

#EkonomiMampan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *