Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pusat Jagaan Anak Yatim dan kanak-kanak Asnaf Negeri Kedah.

20 Julai 2025 – Pagi ini berlangsungnys majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada beberapa buah pusat jagaan anak yatim dan kanak-kanak asnaf terpilih di sekitar negeri Kedah.

Sumbangan disampaikan oleh Yang Dipertua DPMM Kedah, sebagai tanda keprihatinan dan tanggungjawab sosial warga DPMM terhadap golongan yang memerlukan. Majlis turut dihadiri jawatankuasa pengurusan, jawatankuasa dewan, ahli-ahli serta wakil-wakil Dewanmuda dan Dewanita, yang bersama-sama turun padang memeriahkan majlis.

Sumbangan ini adalah hasil daripada wang agihan semula zakat perniagaan DPMM Kedah bagi tahun 2024, yang diperuntukkan sedikit untuk meringankan sedikit sebanyak beban pusat-pusat jagaan anak-anak yatim dan asnaf.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para pembayar zakat yang telah melunaskan kewajipan mereka melalui Yayasan DPMM Kedah. Sesungguhnya sumbangan anda telah membolehkan usaha murni seperti ini dapat dilaksanakan.

Untuk makluman, DPMM Kedah telah dilantik sebagai agensi kutipan zakat perniagaan yang sah oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak tahun 2017, dan pernah menerima penganugerahan sebagai agensi kutipan zakat kategori pertubuhan dengan jumlah kutipan antara yang tertinggi di negeri Kedah.

Kepada orang ramai yang ingin menunaikan zakat pendapatan atau zakat perniagaan melalui DPMM Kedah, bolehlah menghubungi Pejabat DPMM Kedah di talian 04-7332344 atau menerusi WhatsApp di pautan www.wasap.my/601155080577.

Semoga segala sumbangan zakat yang dizahirkan ini diberkati Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan dan keberkatan buat semua pihak yang terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *