PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA DPMM KEDAH 2025.

20 Julai 2025 | Dataran Tunku, Alor Setar.

“Bubur dikacau dengan kasih, diadun dengan ukhwah, disaji penuh barakah.”

Alhamdulillah, tradisi tahunan ini kembali memeriahkan Dataran Tunku dengan suasana riang gotong-royong & amal jariah. Seawal jam 8.30 pagi, warga DPMM Kedah berganding bahu mengacau bubur asyura. Tepat 12 tengah hari, 350 pek bubur siap diedarkan kepada warga sekitar Jalan Tunku Ibrahim.

Program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada 10 pusat jagaan anak yatim terpilih.

Majlis ini bukan hanya tentang bubur & bantuan, tetapi lambang kasih sayang & kebersamaan. Semoga keberkatan & silaturrahim terus mengiringi usaha kecil kita.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan: barisan pengurusan, AJK, Dewanmuda, Dewannita, ahli, kakitangan & sukarelawan. Insya-Allah kita jumpa lagi tahun depan, dengan semangat yang sama!

Moga hubungan ukwah antara ahli-ahli DPMM Kedah terus terjalin erat. Aamiin.

#DPMMKedah#JomKacauBuburAsyura#MuharamBerkat#Silaturrahim

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *