SESI BERSAMA TNB @ DPMM KEDAH

Ahad, 2 November 2025 – Bertempat di Bilik Seminar DPMM Kedah, telah berlangsung satu sesi penerangan eksklusif bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang penuh dengan perkongsian ilmu dan interaksi bermanfaat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua DPMM Kedah, Datuk Zayad, diikuti oleh penerangan struktur organisasi dan pentadbiran TNB Kedah yang disampaikan oleh Pn. Azian bt Alias (General Manager TNB Kedah).

Antara pengisian utama termasuk:

⚡ Taklimat Penstrukturan Tarif Elektrik

☀️ Taklimat Peralihan Tenaga melalui Sistem Pemasangan Solar PV

📱 Taklimat Digital Billing Rendering (DBR) & aplikasi myTNB

💡 Penerangan mengenai kesan usikan pepasangan meter yang dikaitkan dengan aktiviti Bitcoin

Sesi diakhiri dengan soal jawab terbuka bersama wakil TNB, memberi peluang kepada para peserta mendapatkan penjelasan terus berhubung isu dan inisiatif tenaga semasa.

DPMM Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TNB Kedah atas kerjasama baik dan jamuan meriah yang disediakan sepanjang program ini. Terima kasih juga kepada semua peserta yang hadir dan turut menjayakan sesi ini.

✨ Semoga hubungan erat antara DPMM Kedah dan TNB ini dapat diteruskan dan diperkukuh melalui lebih banyak kolaborasi bermanfaat pada masa akan datang.

#DPMMKedah#TNBKedah#TenagaHijau#SolarPV#EVCharging#myTNB#DPMMBersamaUsahawan#KerjasamaStrategik#DPMMInAction

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *