Keahlian

Fasal Keahlian Dan Yuran

KATEGORI KEAHLIAN / YURAN


AHLI BIASA (INDIVIDU)

FASAL 6.2.1

Melayu yang menjalankan perniagaan sebagai tuan punya tunggal, atau tuan punya bersama di dalam sesuatu firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Semenanjung Labuan. Jika ianya merupakan perniagaan bersama, semua rakan kongsi yang lain dalam firma tersebut mestilah juga terdiri dari bangsa Melayu. Seseorang yang memohon untuk menjadi Ahli mengikut Fasal ini hendaklah mendaftar dengan menggunakan nama syarikatnya. Untuk tujuan ini beliau perlulah mendapat kebenaran daripada rakan-rakan kongsi yang lain membenarkan beliau bertindak sebagai penama bagi syarikat tersebut, dengan syarat bahawa jika sekiranya Pendaftaran Perniagaan bagi firma tersebut dibatalkan atau terbatal; atau namanya telah digugurkan daripada syarikat, maka keahlian beliau akan gugur dengan sendirinya.

FASAL 6.2.2

Melayu yang menjalankan perniagaan di Malaysia yang dilesenkan oleh Kerajaan Persekutuan, Negeri atau Tempatan di Malaysia atau mana-mana pihak yang berkuasa di Malaysia.


AHLI BIASA (PROFESIONAL)

FASAL 6.2.3

Melayu yang berdaftar dengan sesuatu badan profesional yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


AHLI BIASA (SYARIKAT)

FASAL 6.2.4

Syarikat perniagaan Melayu yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh samada Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri dengan syarat bahawa Majlis Eksekutif Dewan hendaklan diberi kuasa menentukan status syarikat ini dari masa ke semasa.


FASAL 6.2.5

Syarikat Perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 Malaysia dan dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.


AHLI BIASA (KOPERASI)

FASAL 6.2.6

Koperasi yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan Koperasi 1948 yang dimiliki seratus peratus (100%) oleh Melayu.

YURAN KEAHLIAN

Fasal Keahlian Yuran Pendaftaran Yuran Tahunan
6.2.1 RM 100.00 RM 50
6.2.2 RM 250.00 RM 150
6.2.3 RM 250.00 RM 150
6.2.4 RM 250.00 RM 150
6.2.5 RM 250.00 RM 150
6.2.6 RM 250.00 RM 150