18/12/2022|Alor Setar
Berlansungnya majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan & Anugerah Pendidikan Tahun 2022. InsyaAllah, hampir setiap tahun DPMM Kedah di bawah Yayasan DPMM Kedah akan menyalurkan sumbangan berbentuk Bantuan Persekolahan & Anugerah Pendidikan kepada anak-anak ahli DPMM Kedah.
Bagi tahun 2022 ini, seramai 149 murid sekolah telah terpilih menerima sumbangan, dan 11 pelajar lagi menerima anugerah pendidikan cermerlang. Sumbangan berbentuk wang tunai itu telah di sampaikan oleh YDP DPMM Kedah Datuk Mohd Zayad bin Md Ismail yang di sampaikan kepada waris2 pelajar. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Haji Zuhaizar Abdul Karim Naib Presiden DPMM pusat yang juga mantan YDP DPMM Kedah, Timbalan YDP, setiausaha agung, serta AJK2 DPMM Kedah.
DPMM Kedah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini. Tahniah juga kepada pelajar2 yang memperolehi keputusan peperiksaan yang cermerlang serta kepada pelajar2 yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.