26/2/2023| Alor Star
Pagi ini DPMM Kedah menganjurkan satu sesi Perkongsian berkenaan dengan Program Latihan Kemahiran & Keusahawanan Secara Percuma kepada golongan b40. Sesi perkongsian tersebut telah disampaikan oleh en Mohd Hafis Mahadzir iaitu eksekutif pejabat NCIA kedah dan en. Mohamad Nurasraf Nordin, Pengarah Projek program emPower NCER.
Antara yang dikongsikan adalah program emPower NCER iaitu program pembangunan modal insan melalui latihan kemahiran & keusahawanan secara percuma kepada golongan b40. Program itu telah diperluaskan dengan memasukkan peniaga kecil, perusahaan mikro dalam kumpulan b40. Ini adalah selaras dengan langkah tambahan kerajaan untuk PKS di bawah pakej rangsangan prihatin SME+.
Terima kasih juga kepada YDP, Datuk Mohd Zayad atas kesudian hadir untuk memberi kata alu-aluan bagi program ini.Penghargaan juga kepada para peserta yang sudi melapangkan masa dan tenaga memeriahkan program tersebut.