Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kedah kali ke-51 bagi tahun 2025

24 April 2025

Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kedah kali ke-51 bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pagi tadi bertempat di Anak Bukit Hall, Alor Setar Kedah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pewakilan yang hadir, para jemputan, dan barisan kepimpinan yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan mesyuarat ini. Kehadiran dan komitmen anda membuktikan kesatuan serta semangat bersama dalam memacu organisasi ke arah yang lebih cemerlang.

DPMM Kedah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Ybhg. Dato’ Dr. Nadzman Bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah atas kesudian meluangkan masa untuk hadir memberi ucapan yang begitu menaikan semangat seterusnya merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan DPMM Kedah.

Syabas kepada YDP Datuk Zayad bersama barisan Jawatankuasa Negeri atas komitmen yang diberikan dalam mengemudi perjalanan DPMM Kedah dengan penuh kehormatan. Semoga terus begerak ke hadapan.

Kami percaya, dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan, kita mampu menghadapi cabaran dan terus melangkah dengan lebih mantap.

✨ “Berjasa, Berjaya Bangsa” ✨

Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Jumpa lagi di AGM yang akan datang!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *